Showing posts with label renungan hati... Show all posts
Showing posts with label renungan hati... Show all posts

Monday, 23 July 2012

Masalah bukan saja2 Allah bagi..

Assalamualaikum semua.. ^__^

   Untuk bulan Ramadan yang mulia ni, tiba2 terdetik plak hati nak post mengenai masalah..hope terkena la di hati korang.. actually, artikel ini kutemui di satu sumber..dan kuedit dan tambah mengikut kata hatiku sendiri.. semoga dapat menjadi penaik semangat buat kita yang sentiasa ada masalah.. tak best hidup kalau tiada masalah kan. Sangat bermakna masalah yang Allah berikan kepada kita. Apabila sesuatu masalah tu kita dapat selesaikan, betapa ia memberi satu kepuasan yang tidak terhingga dalam diri kita..fuuh! dan pada saat itu, jangan lupa untuk bersyukur kepada-Nya yang memberikan masalah dan membantu kita menyelesaikannya.. alhamdulillah...

   Setiap orang pastinya ada masalah. Tidak dinamakan manusia kalau tiada masalah..hehe.. And, masalah2 ini harus kita hadapi dan kita cari jalan penyelesaiannya dengan penuh sabar, bersemangat dan istiqomah. Jangan terus lemah..Don't be weak.. Ingat! semua orang pun ada masalah..dan dengan masalah itu akan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapinya. Itu, bagi orang yg berfikiran positive.

   Masalah ini datangnya daripada Allah..Allah sedang menguji kita.. dan pada masa itu, Indahnya yang dikatakan 'SABAR' jika kita mampu mengecapinya..

Hadapi Dengan Senyuman.. ^___^

   Yakinlah! bahawa Allah tidak akan memberikan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita hamba-Nya. Sebagaimana firman-Nya: 

'' Allah tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya"
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

   Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. ber'SABAR' dan ber'SYUKUR' merupakan sebuah jawapan yang sepatutnya dijadikan sebagai senjata untuk menghadapi setiap masalah yang akan kita hadapi. Dan pada saat itulah kita akan menyedari sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita, serta rasa syukur kita terhadap masalah tersebut.

" Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh2 (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb hendaknya kamu berharap. "
(Surah Al-Insyirah, ayat 7-8)

   Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh dengan mujahadah, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh liku dan onak duri yang kadangkala membuatkan kita terluka, perit dan sakit. Tetapi, sesulit apapun situasi yang kita alami saat itu, perjuangan atau mujahadah kita itu tidak boleh dibiarkan padam sama sekali. Jangan mudah berputus asa dan menyerah begitu sahaja tanpa mencuba untuk berjuang. " Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh mudah menyerah! "

   Yang perlu kita sedar, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, tentu banyak lagi orang yang mengalami masalah yang lebih rumit berbanding dengan masalah kita. Jika mereka boleh, mengapa kita tidak? jadi, tidak ada alasan tidak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang terbaik.

   Be positive! Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan. Tetapi menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.

" Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman. "
( Surah Al-Imran, ayat 139)

   Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran dalam hidup. Begitu juga dengan setiap masalah yang akan kita alami. Kita harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan. Berdoa seharusnya dilakukan setiap muslim walau apapun situasinya, di mana2 dan pada bila2 masa. Lebih2 lagi apabila kita menghadapi masalah, dengan mengadu sepenuh jiwa dan raga kita kepada-Nya, hati kita akan menjadi lebih tenang selepas itu. Percayalah..

   Sentiasa berbuat kebaikan, mengingati Allah dan memohon ampun kepada-Nya. Insya-Allah kita akan dibantu oleh-Nya. Ketika kegundahan, keserabutan dan hadirnya masalah dalam hidup kita, ingatlah! bahawa Allah itu sedang menguji kita dengan kasih sayangnya.. Allah yang memberikan masalah itu kepada kita, tapi bukan dengan suka2...ada hikmah disebaliknya..bersyukurlah kerana Allah masih mahu mengujimu..betapa ia  menunjukkan bahawa Allah masih mengambil berat terhadap kita.. Apa gunanya peperiksaan kalau bukan untuk meningkatkan prestasi kita?? (renungkan..)

So! be Positive! keep smile! ^__^

sumber yang diedit olehku.. Pengalaman mengajarku untuk berkarang erti kehidupan.. =) 

Wednesday, 17 August 2011

Bersyukur dalam apa jua keadaan...



BERSYUKUR kedengarannya mudah, namun susah untuk dipraktiskan. Ramai individu yang tersungkur, merana dan tertekan kerana tidak ada sifat syukur. Bersyukur bukan hanya ketika merasakan diri senang, namun dalam setiap keadaan kerana setiap sesuatu adalah dirancang oleh-NYA dan mempunyai maksud tertentu. Cuma, terserah kepada manusia untuk menghayati maksudnya dan cuba merungkai rahsia yang terlindung di sebalik kejadian.

Individu yang kaya perlu bersyukur kerana dilimpahi rezeki yang melimpah-ruah. Yang cantik perlu bersyukur kerana dikurniakan kesempurnaan fizikal dan yang berjaya perlu bersyukur kerana usahanya berhasil. Bagaimana pula yang sebaliknya; yang miskin, hodoh dan gagal, adakah mereka perlu bersyukur??

Di sinilah ramai yang tersilap mentafsir. Ramai yang menyesali dan mengutuk kekurangan diri, menyalahkan takdir dan mencari kesalahan orang lain. Mereka gelisah, sedih dan tertekan dek kekurangan diri dan kesusahan yang dilalui. Mereka lupa kelebihan-kelebihan lain yang dimiliki, kesempurnaan fizikal yang dikurniakan dan kemampuan akal yang ALLAH anugerahkan.

Secara disedari atau tidak, sebenarnya DIA telah mengurniakan kepada kita banyak nikmat di dunia ini. Nikmat itu tidak ternilai harganya kerana kita tidak akan dapat meraih sebarang nikmat pun, kecuali dengan kehendak, ketentuan dan izin-NYA. Nikmat yang dimiliki adalah untuk dihayati dan disyukuri, bukan diagung-agungkan kepada manusia lain.

Namun, dalam pada itu, jika kita diuji dengan kekurangan, musibah atau kesusahan, janganlah cepat berkeluh-kesah dan merintih. Percayalah akan kuasa dan ketentuan-NYA. Bersabarlah menempuhi segala dugaan. Dalam kita menghadapi ujian-NYA itu, pandanglah juga nikmat dan rahmat yang masih kita miliki.

Individu miskin tidak perlu mengeluh atasa kemiskinan dan menyesali nasibnya. Ini kerana di sebalik kemiskinannya, DIA menganugerahkan beribu-ribu kelebihan lain; anak-anak yang sihat, fizikal yang sempurna, akal yang waras dan tempat tinggal yang aman. Individu hodoh juga tidak perlu menyesali takdirnya dilahirkan begitu, kerana dia masih dikurniakan kesihatan, kecerdasan serta keluarga yang menyayangi.

Mereka yang gagal juga tidak boleh merintih kesedihan dan menyalahkan orang lain kerana gagal itu adalah permulaan bagi dirinya, pembuka jalan kepada kejayaan dan titik pelajaran baginya. Gagal tidak bermakna hidupnya telah berakhir dan TUHAN tidak menyayanginya. Bahkan, itu adalah pengajaran kepadanya dan bukti kasih sayang TUHAN yang mahu dirinya terus mencuba dan yakin dengan kuasa-NYA.

Jika pula ditakdirkan kemalangan atau kecelakaan menimpa diri, janganlah terus-terusan menyalahkan takdir, menyesali nasib diri dan berharap keajaiban akan berlaku. Yang penting, terimalah dugaan dengan hati yang terbuka, cubalah sesuaikan diri dengan situasi yang baru dan jangan lupa mensyukuri nikmat-nikmat lain yang dikurniakan oleh-NYA kepada kita.

Kita mungkin diuji dengan ketidakupayaan fizikal seperti lumpuh, namun kita masih boleh melihat, mendengar dan merasa. Hargailah nikmat yang masih dimiliki. Bayangkanlah insan-insan lain yang lebih teruk daripada kita. Nikmatilah setiap nafas kehidupan ini dengan dada yang lapang dan jiwa yang tenang, Insya-ALLAH kita akan berbahagia.

Oleh itu, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh bersyukur. Bersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan walaupun sedikit, suami atau isteri yang dikahwini walaupun banyak kekurangan atau keamanan yang dinikmati walaupun ada kala bergolak. Orang yang tahu bersyukur akan bahagia hatinya, tenang jiwa dan sentiasa basah lidahnya dengan memuji ALLAH. Hitunglah rahmat ALLAH dan jangan berputus asa daripada rahmat-NYA.

Realitinya, jika kita cuba menghitung rahmat-NYA, ia tidak akan dapat terhitung kerana terlalu banyak dan besarnya rahmat serta nikmat-NYA. Segala yang kita miliki sekarang adalah atas belas Ihsan serta rahmat ALLAH.

Di dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
" Dan DIA memberikan apa yang kamu mohon daripada-NYA, dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, tidaklah dapat kamu mengiranya."

-Surah Ibrahim ayat 34

Friday, 12 August 2011

Tenanglah wahai hati...

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita mahukan. Tapi, kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu kepada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman, " Berdoalah pada-Ku, nescaya akan Ku kabulkan.."

Apa masalah kita??

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Bukan la juga tak pernah bersyukur, tapi sebanyak mana kita bersyukur atas pemberian-Nya kepada kita??...Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta kepada Allah, tapi kita tak pernah minta ampun kepada Allah. Sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur kepada Allah. Bila datang kesusahan, baru mau ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih...minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renungi diri kita. Cuba kita hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebutlah...

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajjud..solat sunat taubat? Pernah? Ada..waktu zaman sekolah dulu, Itupun lepas kena ketuk dengan warden dan dipaksa oleh senior, suruh bangun. Lepas itu..ada? Ada..time dah nak dekat exam..waktu rasa result macam ada aura nak failed. Siap buat solat hajat lagi..Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur?? Hmm...entah la, tak ingat la plak..

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah kat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap juga tidak tenang. Kenapa ya? sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? kita tolong orang sebab mengharapkan balasan. Mahukan pujian. Mahukan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu kepada kita.

Alangkah tidak malunya kita...Allah ciptakan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakn kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah kepada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita kepada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya-Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


Daisypath Anniversary tickers