Untuk bulan Ramadan yang mulia ni, tiba2 terdetik plak hati nak post mengenai masalah..hope terkena la di hati korang.. actually, artikel ini kutemui di satu sumber..dan kuedit dan tambah mengikut kata hatiku sendiri.. semoga dapat menjadi penaik semangat buat kita yang sentiasa ada masalah.. tak best hidup kalau tiada masalah kan. Sangat bermakna masalah yang Allah berikan kepada kita. Apabila sesuatu masalah tu kita dapat selesaikan, betapa ia memberi satu kepuasan yang tidak terhingga dalam diri kita..fuuh! dan pada saat itu, jangan lupa untuk bersyukur kepada-Nya yang memberikan masalah dan membantu kita menyelesaikannya.. alhamdulillah...
Setiap orang pastinya ada masalah. Tidak dinamakan manusia kalau tiada masalah..hehe.. And, masalah2 ini harus kita hadapi dan kita cari jalan penyelesaiannya dengan penuh sabar, bersemangat dan istiqomah. Jangan terus lemah..Don't be weak.. Ingat! semua orang pun ada masalah..dan dengan masalah itu akan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapinya. Itu, bagi orang yg berfikiran positive.
Masalah ini datangnya daripada Allah..Allah sedang menguji kita.. dan pada masa itu, Indahnya yang dikatakan 'SABAR' jika kita mampu mengecapinya..
Hadapi Dengan Senyuman.. ^___^ |
Yakinlah! bahawa Allah tidak akan memberikan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita hamba-Nya. Sebagaimana firman-Nya:
'' Allah tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya"
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)
Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. ber'SABAR' dan ber'SYUKUR' merupakan sebuah jawapan yang sepatutnya dijadikan sebagai senjata untuk menghadapi setiap masalah yang akan kita hadapi. Dan pada saat itulah kita akan menyedari sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita, serta rasa syukur kita terhadap masalah tersebut.
Be positive! Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan. Tetapi menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.
" Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh2 (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb hendaknya kamu berharap. "
(Surah Al-Insyirah, ayat 7-8)
Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh dengan mujahadah, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh liku dan onak duri yang kadangkala membuatkan kita terluka, perit dan sakit. Tetapi, sesulit apapun situasi yang kita alami saat itu, perjuangan atau mujahadah kita itu tidak boleh dibiarkan padam sama sekali. Jangan mudah berputus asa dan menyerah begitu sahaja tanpa mencuba untuk berjuang. " Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh mudah menyerah! "
Yang perlu kita sedar, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, tentu banyak lagi orang yang mengalami masalah yang lebih rumit berbanding dengan masalah kita. Jika mereka boleh, mengapa kita tidak? jadi, tidak ada alasan tidak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang terbaik.
Be positive! Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan. Tetapi menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.
" Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman. "
( Surah Al-Imran, ayat 139)
Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran dalam hidup. Begitu juga dengan setiap masalah yang akan kita alami. Kita harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan. Berdoa seharusnya dilakukan setiap muslim walau apapun situasinya, di mana2 dan pada bila2 masa. Lebih2 lagi apabila kita menghadapi masalah, dengan mengadu sepenuh jiwa dan raga kita kepada-Nya, hati kita akan menjadi lebih tenang selepas itu. Percayalah..
Sentiasa berbuat kebaikan, mengingati Allah dan memohon ampun kepada-Nya. Insya-Allah kita akan dibantu oleh-Nya. Ketika kegundahan, keserabutan dan hadirnya masalah dalam hidup kita, ingatlah! bahawa Allah itu sedang menguji kita dengan kasih sayangnya.. Allah yang memberikan masalah itu kepada kita, tapi bukan dengan suka2...ada hikmah disebaliknya..bersyukurlah kerana Allah masih mahu mengujimu..betapa ia menunjukkan bahawa Allah masih mengambil berat terhadap kita.. Apa gunanya peperiksaan kalau bukan untuk meningkatkan prestasi kita?? (renungkan..)
So! be Positive! keep smile! ^__^
sumber yang diedit olehku.. Pengalaman mengajarku untuk berkarang erti kehidupan.. =)